Tuesday, February 10, 2009

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT CETAKAN SILK SCREEN



LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT BLOK CETAKAN SILK SCREEN

Selepas anda mengetahui teknik membancuh foto emulsi dan sensitiser yang telah saya terangkan sebelum ini, kini tiba masanya anda mengetahui pula rahsia cetak baju kedua pula iaitu membuat blok.

1. Buat blok kosong. Lekatkan sutera saring pada kayu beroti (1" X 2") dengan menggunakan staple gun. Pastikan sutera saring betul-betul tegang.

2. Curahkan campuran foto imulsi dan sensitiser pada bahagian tepi dan ratakan dengan pembaris tebal. Pastikan sapuan itu nipis sahaja.

3. Hasil sapuan campuran foto imulsi dan sensitiser yang telah siap hendaklah dikeringkan di bawah kipas atau menggunakan pengering rambut. Pastikan ia betul-betul kering sebelum boleh diguna untuk tindakan selanjutnya.

4. Letakkan art work di atas meja expose. Art work tersebut hendaklah diprint atau dilukis di atas kertas tracing. Dakwat yang diguna mestilah betul-betul hitam. Prinsipnya kawasan yang bewarna hitam dapat menghalang cahaya. Kawasan yang tidak kena cahaya tidak akan mati sapuan campuran di atas.

Bersambung...

Sunday, February 8, 2009

RAHSIA CETAK BAJU TERBONGKAR???

Cetak baju bukanlah sesuatu yang susah. Teknik mencetak baju boleh dilihat di laman YOUTUBE dengan hanya menaip silk screen / make t-shirt atau seangkatan dengannya. Melalui laman tersebut anda boleh melihat bermacam-macam cara untuk mencetak baju. Tetapi satu masalah yang pasti anda hadapi iaitu apa bahan yang diguna untuk membuat blok. Bahan ini dan teknik membancuhnya tidak dinyatakan dengan jelas. Sebenarnya bahan yang diguna untuk disapu pada blok ialah campuran foto emulsi dan sensitiser. Kedua-dua bahan ini hendaklah dicampur pada nisbah 10:1 iaitu 10 bahagian foto imulsi dan 1 bahagian sensitiser. Kedua-duanya hendaklah digaul sehingga sebati dan dibiarkan selama 10 minit sebelum boleh digunakan. Bagi memudahkan campuran ini dibuat di sini saya akan pecahkan satu rahsia besar yang menjadi rahsia pencetak baju. Rahsia tersebut ialah dengan memasukkan 3/4 foto emulsi ke dalam bekas minyak rambut FOLLOW ME 120ml atau penutup spray hitam dan satu sudu sensitiser. Foto emulsi bewarna purple dan sensitiser bewarna kuning. Apabila dicampur dan digaul ia akan bertukar menjadi warna perang. Proses ini hendaklah dilakukan dalam cahaya yang samar.