Saturday, February 20, 2010

Panduan Membeli Di Internet

Ramai juga yang terkena selepas membeli sesuatu barangan di internet. Tak kiralah membeli di web lelong ke, kedai online ke atau forum ke..yang pasti peluang untuk ditipu sentiasa ada.

Pembeli tertipu kerana terpesona dengan surat jualan, barangan yang ditawarkan atau harga yang murah tanpa menyiasat terlebih dulu identiti atau reputasi seseorang penjual. Inilah silapnya. Kedai online dot com belum tentu lagi selamat!. Domain name ini murah sahaja kosnya.

Ok saya kongsikan sedikit panduan…mungkin tidak tepat sepenuhnya tetapi panduan ini mungkin membantu anda:

1. Pastikan gambar penjual ditunjukkan beserta nama. Berdasarkan tinjauan, penipu tidak akan meletakkan gambar mereka.

2. No telefon. Pastikan anda boleh berhubung dengan penjual.

3. Beli barangan di web lelong yang sememangnya memantau dan memberi reputasi kepada penjual, bukan di web lelong yang tidak menjaga hal ehwal jual beli.

3. Jika masih samar-samar atau was-was, anda boleh daftar di mana-mana forum yang sesuai untuk bertanyakan tentang hajat anda atau bertanya pada mereka yang lebih arif.

Selain itu anda terpaksa mengambil risiko membeli di internet kerana ia memakan sedikit masa untuk barang sampai kepada anda. Tambahan pula anda tidak tahu apakah status penjual pada sekian-sekian masa. Mungkin penjual mempunyai masalah dan tidak dapat berhubung atau membuat penghantaran barangan? Belilah setelah anda yakin.

Dipetik daripada SyukranBlog.com

Sehubungan dengan panduan di atas. Saya ingin memperkenalkan diri saya yang sebenar bagi mengelakkan keraguan pembeli. Memang sepatutnya bagi seseorang pembeli perlu memastikan bahawa belanja yang dikeluarkan tidak sa-sia kerana tertipu. Terima kasih juga saya ingin ucapkan kepada pembeli yang percaya pada saya dengan membeli Kit Silkscreen.

Inilah saya yang sebenar.

Saya merupakan seorang guru yang bertugas di SMK Seri Aman, 16800 Pasir Puteh, Kelantan. Kerja cetak baju merupakan hobi saya sebagai seorang guru seni. Saya juga mempunyai blog Pendidikan Seni yang boleh dilayari di sini.