Monday, May 10, 2010

MENGATASI MASALAH EXPOSE TAK KELUAR

Masalah expose tak keluar merujuk kepada masalah design yang tak keluar atau susah nak keluar apabila dipancur air selepas expose dilakukan.

Terdapat beberapa punca terjadinya masalah ini.

i) Masa expose terlalu lama. Masa expose sebenarya bergantung kepada jarak cermin dengan lampu serta jumlah lampu yang diguna. Sekiranya jarak lampu dengan cermin itu dekat (6 inci) masa yang diperlukan hanya 5 hingga 8 minit sahaja. Perlu percubaan beberapa kali barulah anda tahu masa yang sesuai untuk anda.

ii) Design yang hendak diexpose tu tidak betul-betul hitam, keadaan ini menyebabkan cahaya dapat menenbusi melalui design tersebut seterusnya mematikan sapuan campuran foto emulsi yang telah disapu pada blok.

iii) Blok yang terdedah pada cahaya sebelum melakukan expose. Ingat campuran foto imulsi tidak boleh terdedah pada cahaya. Pastikan anda melakukan kerja-kerja ini dalam cahaya yang samar.

Sekiranya masalah ini berlaku, untuk tidak membazirkan blok, anda boleh menggunakan peluntur (clorok) untuk mencuci blok tersebut. Pastikan anda mencuci segera sebelum blok lebih lama terdedah pada cahaya.