Wednesday, August 19, 2009

TSHIRT LUKISAN TANGAN

Pada cuti sekolah pertengahan tahun baru-baru ini,saya dan keluarga sempat melancong ke Pulau Langkawi. Kami sempat melawat beberapa tempat yang menarik di sana antaranya menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang. Saya rasa bertuah pergi ke sana kerana dapat melihat teknik baru bagi saya cara cetak thsirt iaitu teknik lukisan tangan.

Saya telahpun mencuba teknik ini.Memang cantik dan menarik. Teknik ini tidak memerlukan penggunaan blok silkscreen. Anda bebas melukis mengikut kemahiran masing-masing. Antara alat yang perlu digunakan ialah berus warna, rubber dye dan pewarna.

Sekiranya anda tidak yakin untuk melukis secara bebas,anda boleh gunakan teknik di bawah iaitu teknik stensil. Lukis design anda pada kertas pelekat,tebuk dan tampal pada tshirt anda. Warnakan pada bahagian yang ditebuk tersebut dengan rubber dye yang telah dicampur pewarna mengikut kesukaan anda.

Selamat mencuba. Semoga berjaya.

Wednesday, June 3, 2009

KIT PERMULAAN CETAK BAJU


Dapatkan segera KIT PERMULAAN CETAK BAJU dengan hanya RM70.00 sahaja termasuk pos. Kit ini terdiri daripada Rubbey Dye 0.5kg, Sekuji 5", Sutera Saring 1meter, Photo Emulsions dan Sensitiser. Masukkan bayaran sebanyak RM70.00 ke dalam akaun Maybank ( 101057434938 ) atas nama Tuan Abdullah Sanusi bin Tuan Ismail. Seterusnya SMS maklumat bank in ke 019-7844388 seperti jumlah, masa, tempat bayaran serta nama dan alamat anda untuk tujuan pos. Penghantaran dibuat melalui Pos Malaysia selepas pengesahan diterima.

Saturday, May 23, 2009

CETAK BAJU TEKNIK STENSIL DENGAN KERTAS STICKER

Thursday, May 14, 2009

FONT MENARIK DAN POPULAR



Pemilihan font adalah penting dalam menentukan rekaan yang dibuat adalah menarik. Font yang dipilih hendaklah sesuai dengan tema yang dipersembahkan. Pemilihan font yang sesuai adalah amat penting kerana ia memberi kesan yang mendalam kepada orang yang melihatnya. Kadang-kadang orang tidak ingan apa yang ditulis tetapi dapat ingat jenis tulisan yang diguna. Pendek kata font boleh dijadikan 'trade mark' sesuatu benda. Font juga mempunyai kuasa yang luar biasa terutamanya dalam bidang pengiklanan bagi menarik pelanggan.

Di sini saya perturunkan beberapa alamat font yang boleh diambil daripada internet.

1. http://1001freefonts.com
2. http://www.urbanfonts.com
3. http://www.fontcubes.com
4. http://www.downloadfreefonts.com
5. http://www.dafont.com
6. http://www.fontstock.net
7. http://www.linotype.com
8. http://pcfont.com

Anda boleh download bermacam-macam font daripada laman web di atas. Savekan ke dalam komputer anda. Seterusnya copy font yang didownload tadi. Buka My Computer dan double klik Local Disk (C), klik Program Files, klik Windows atau terus klik Windows sekiranya Windows berada di luar Program Files, klik Fonts dan savekan font tadi ke dalam Folder Fonts tersebut.

Untuk memudahkan anda melihat bentuk-bentuk font yang ada dalam komputer anda boleh menggunakan Font Explorer yang boleh didownload secara percuma.

Tuesday, April 14, 2009

MENGENALI ALAT DAN BAHAN CETAKAN SILK SCREEN

1.RUBBER DYE
-Terdapat 2 jenis rubber dye (RD) yang biasa diguna iaitu RD 120 dan RD 200.RD sesuai diguna untuk semua jenis kain.
-RD 120 diguna untuk dicampurkan dengan pewarna / pigment colour dan juga diprint sebagai latar belakang
-RD 200 diguna untuk putih sahaja.

2.TC DYE
-TC dye bersifat lebih cair dan berbau seperti minyak tanah. Ia hanya sesuai untuk kain warna putih sahaja.
-Kain Skrin yang diguna untuk TC dye hendaklah yang lebih halus berbanding dengan RD.

3.DYE FOAM
-Diguna untuk membuat cetakan timbul (emboss).Ia perlu dicampur ke dalam RD dahulu.
-Selepas cetakan telah kering, tekan dengan seterika sederhana panas barulah cetakan tadi akan timbul.

4.BINDER
-Ia diguna untuk melembutkan dye yang telah pekat.
-Bentuknya seperti susu cair.

5.GLOW IN THE DARK
-Berfungsi untuk kelihatan cerah di dalam gelap.Tapi sebelum tu, ia kena berada tempat cerah dahulu untuk menyerap cahaya.
-Ia hanya boleh dicampur dalam dye putih sahaja.

6.PHOTO EMULSI
-Diguna bersama dengan Sensitiser dengan kadar nisbah 10:1 iaitu kalau 10 sudu photo emulsi bermakna 1 sudu Sensitiser.
-Gaul hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.

7.HARDENERS
-Berfungsi untuk menguatkan blok yang telah siap supaya tidak mudah tanggal.
-Ia perlu disapu pada blok. Keringkan dahulu blok tersebut dan barulah sapu hardener. Sapu kedua-dua belah dan keringkan semula. Lebih elok jika dijemur panas matahari.

8.CLOROK
-Ia diguna untuk mencuci blok yang tidak menjadi.
-Tidak berkesan untuk mencuci blok yang telah lama.
-Tidak boleh diguna terlalu banyak/kerap kerana menyebabkan kain skrin akan koyak.

9.SEKUJI
-Diguna untuk menarik dye pada blok.
-Perlu dibasuh dengan segera supaya dye tidak keras pada sekuji.

10.PENGERING RAMBUT
-Diguna untuk mengeringkan sapuan emulsi sebelum proses expose.
-Juga untuk mengeringkan dye yang telah diprint sekiranya perlu print sekali lagi diatas design tersebut.

Saturday, April 4, 2009

TEKNIK MENUKAR GAMBAR WARNA KE HITAM UNTUK BUAT BLOK

Monday, March 30, 2009

SAMBUNGAN LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT CETAKAN

5. Letakkan blok kosong yang telah dibuat tadi di atas art work. Pastikan blok tersebut berada dalam kedudukan yang betul. Bahagian kain sutera saring mestilah berada di bawah.

6. Letakkan sekeping kertas keras (kertas kotak) di dalam blok tersebut.

7. Letakkan pemberat seperti bata jongkong atau lain-lain yang sesuai. Tujuannya ialah untuk memastikan hasilnya nanti betul-betul sharp.

8. Setelah semua perkara di atas siap semuanya barulah boleh pasang lampu Expose anda. Pasang selama lebih kurang 5 hingga 8 minit.

9. Setelah cukup masa. Matikan lampu dan bawa blok tersebut ke bilik air dan pancurkan dengan air. anda juga boleh gosok dengan span untuk membuang bahagian yang degil.

Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya.

Tuesday, February 10, 2009

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT CETAKAN SILK SCREEN



LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT BLOK CETAKAN SILK SCREEN

Selepas anda mengetahui teknik membancuh foto emulsi dan sensitiser yang telah saya terangkan sebelum ini, kini tiba masanya anda mengetahui pula rahsia cetak baju kedua pula iaitu membuat blok.

1. Buat blok kosong. Lekatkan sutera saring pada kayu beroti (1" X 2") dengan menggunakan staple gun. Pastikan sutera saring betul-betul tegang.

2. Curahkan campuran foto imulsi dan sensitiser pada bahagian tepi dan ratakan dengan pembaris tebal. Pastikan sapuan itu nipis sahaja.

3. Hasil sapuan campuran foto imulsi dan sensitiser yang telah siap hendaklah dikeringkan di bawah kipas atau menggunakan pengering rambut. Pastikan ia betul-betul kering sebelum boleh diguna untuk tindakan selanjutnya.

4. Letakkan art work di atas meja expose. Art work tersebut hendaklah diprint atau dilukis di atas kertas tracing. Dakwat yang diguna mestilah betul-betul hitam. Prinsipnya kawasan yang bewarna hitam dapat menghalang cahaya. Kawasan yang tidak kena cahaya tidak akan mati sapuan campuran di atas.

Bersambung...

Sunday, February 8, 2009

RAHSIA CETAK BAJU TERBONGKAR???

Cetak baju bukanlah sesuatu yang susah. Teknik mencetak baju boleh dilihat di laman YOUTUBE dengan hanya menaip silk screen / make t-shirt atau seangkatan dengannya. Melalui laman tersebut anda boleh melihat bermacam-macam cara untuk mencetak baju. Tetapi satu masalah yang pasti anda hadapi iaitu apa bahan yang diguna untuk membuat blok. Bahan ini dan teknik membancuhnya tidak dinyatakan dengan jelas. Sebenarnya bahan yang diguna untuk disapu pada blok ialah campuran foto emulsi dan sensitiser. Kedua-dua bahan ini hendaklah dicampur pada nisbah 10:1 iaitu 10 bahagian foto imulsi dan 1 bahagian sensitiser. Kedua-duanya hendaklah digaul sehingga sebati dan dibiarkan selama 10 minit sebelum boleh digunakan. Bagi memudahkan campuran ini dibuat di sini saya akan pecahkan satu rahsia besar yang menjadi rahsia pencetak baju. Rahsia tersebut ialah dengan memasukkan 3/4 foto emulsi ke dalam bekas minyak rambut FOLLOW ME 120ml atau penutup spray hitam dan satu sudu sensitiser. Foto emulsi bewarna purple dan sensitiser bewarna kuning. Apabila dicampur dan digaul ia akan bertukar menjadi warna perang. Proses ini hendaklah dilakukan dalam cahaya yang samar.