Tuesday, April 14, 2009

MENGENALI ALAT DAN BAHAN CETAKAN SILK SCREEN

1.RUBBER DYE
-Terdapat 2 jenis rubber dye (RD) yang biasa diguna iaitu RD 120 dan RD 200.RD sesuai diguna untuk semua jenis kain.
-RD 120 diguna untuk dicampurkan dengan pewarna / pigment colour dan juga diprint sebagai latar belakang
-RD 200 diguna untuk putih sahaja.

2.TC DYE
-TC dye bersifat lebih cair dan berbau seperti minyak tanah. Ia hanya sesuai untuk kain warna putih sahaja.
-Kain Skrin yang diguna untuk TC dye hendaklah yang lebih halus berbanding dengan RD.

3.DYE FOAM
-Diguna untuk membuat cetakan timbul (emboss).Ia perlu dicampur ke dalam RD dahulu.
-Selepas cetakan telah kering, tekan dengan seterika sederhana panas barulah cetakan tadi akan timbul.

4.BINDER
-Ia diguna untuk melembutkan dye yang telah pekat.
-Bentuknya seperti susu cair.

5.GLOW IN THE DARK
-Berfungsi untuk kelihatan cerah di dalam gelap.Tapi sebelum tu, ia kena berada tempat cerah dahulu untuk menyerap cahaya.
-Ia hanya boleh dicampur dalam dye putih sahaja.

6.PHOTO EMULSI
-Diguna bersama dengan Sensitiser dengan kadar nisbah 10:1 iaitu kalau 10 sudu photo emulsi bermakna 1 sudu Sensitiser.
-Gaul hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.

7.HARDENERS
-Berfungsi untuk menguatkan blok yang telah siap supaya tidak mudah tanggal.
-Ia perlu disapu pada blok. Keringkan dahulu blok tersebut dan barulah sapu hardener. Sapu kedua-dua belah dan keringkan semula. Lebih elok jika dijemur panas matahari.

8.CLOROK
-Ia diguna untuk mencuci blok yang tidak menjadi.
-Tidak berkesan untuk mencuci blok yang telah lama.
-Tidak boleh diguna terlalu banyak/kerap kerana menyebabkan kain skrin akan koyak.

9.SEKUJI
-Diguna untuk menarik dye pada blok.
-Perlu dibasuh dengan segera supaya dye tidak keras pada sekuji.

10.PENGERING RAMBUT
-Diguna untuk mengeringkan sapuan emulsi sebelum proses expose.
-Juga untuk mengeringkan dye yang telah diprint sekiranya perlu print sekali lagi diatas design tersebut.

7 comments:

ENI said...

assalamualaikum saudara...terima kasih atas bantuan dan maklumat yang saudara kongsi di blog saudara....semoga saudara akan terus berjaya...

Rahimin Idris said...
This comment has been removed by the author.
Rahimin Idris said...
This comment has been removed by the author.
akudisini said...

assalamualaikum...awak duduk kelantan? saya selangor, jauh tu. Rubber Dye tu ada beza ke dgn Fabric Dye? bleh bagi contoh nama brand Dye Foam dan nama & contact companynya/pemborong/pembekal? coz saya dah cari kat kedai jual alat2 seni, tapi xde jual pun Dye Foam tu. fabric dye ada la. pliz email saya kat eelham_bpr@yahoo.com.my. utk pengetahuan awak, blog awak paling menarik bagi saya, kerana ni lah satu-satunya blog yang saya jumpa yang sudi ajar & kongsi ilmu print baju. jadi saya harap awak dpt reply pertanyaan saya.thanx...

Ibn Uthman said...

klorok tu klorok biasa atau mmg khas utk cuci blok ..

walter said...
This comment has been removed by the author.
walter said...

ae nk tnya.. bila di dlm bahasa inggeris nya emulsion paint yg telah sy jmpa.. tpi emulsion paint 2 jenis cat yg t'dpat d kedai cat yg t'tulis emulsion paint seperti (http://www.gophoto.it/view.php?i=http://www.asia.ru/images/target/photo/51218994/Interior_Emulsion_Paint.jpg#.UKNR16zxo2g) or mcm mna tuh?? boleh terangkn dan d post di walternun97@gmail.com