Tuesday, March 20, 2012

KURSUS CETAK TSHIRT 4IN1


Kursus Cetak Tshirt akan diadakan lagi pada...

1. 31.3.12 (Sabtu)
2. 07.4.12 (Sabtu)

Hubungi saya segera untuk tempahan tempat anda. Terhad kepada 5 orang sahaja setiap kali kursus.

Setiap peserta kursus akan diberikan:
a. Nota mengenai alat dan bahan percetakan
b. Nota langkah demi langkah menbuat cetakan
c. Alamat laman web untuk rujukan dan bahan
d. VCD teknik membuat cetakan
e. Sehelai tshirt kosong untuk latihan cetakan
f. Sijil penyertaan
g. Minum pagi
h. Makan tengahari

FORMULA UNTUK BERJAYA


Berjaya dengan TND dan TNB. Salah satu kaedah untuk berjaya dalam perniagaan ialah dengan mengamalkan 'Tambah Nilai Diri'(TND) dan 'Tambah Nilai Bahan'(TNB).

Tambah nilai diri bermaksud anda menambah nilai diri anda dengan menambah ilmu pengetahuan, kemahiran,teknik dan strategi dalam perniagaan yang anda ceburi. Contohnya dengan menghadiri Kursus Cetak Tshirt 4in1 bermakna nilai diri anda telah bertambah iaitu daripada tak tahu cetak tshirt kepada tahu.

Tambah nilai bahan pula bermaksud menambah nilai pada bahan mentah supaya menjadi lebih bernilai dan harganya bertambah untuk meningkatkan keuntungan. Contohnya daripada ubi kayu yang tidak bernilai dijadikan kerepek ubi kayu yang harganya lebih mahal dan sudah tentu keuntungan menjual kerepek ubi kayu lebih banyak berbanding menjual ubi kayu. Begitu juga dalam bidang percetakan tshirt, dengan mencetak sedikit design sudah tentu harga tshirt tersebut boleh dijual dengan lebih tinggi daripada tshirt kosong.

RAGAM PESERTA KURSUS CETAK TSHIRT