Tuesday, February 10, 2009

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT CETAKAN SILK SCREEN



LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT BLOK CETAKAN SILK SCREEN

Selepas anda mengetahui teknik membancuh foto emulsi dan sensitiser yang telah saya terangkan sebelum ini, kini tiba masanya anda mengetahui pula rahsia cetak baju kedua pula iaitu membuat blok.

1. Buat blok kosong. Lekatkan sutera saring pada kayu beroti (1" X 2") dengan menggunakan staple gun. Pastikan sutera saring betul-betul tegang.

2. Curahkan campuran foto imulsi dan sensitiser pada bahagian tepi dan ratakan dengan pembaris tebal. Pastikan sapuan itu nipis sahaja.

3. Hasil sapuan campuran foto imulsi dan sensitiser yang telah siap hendaklah dikeringkan di bawah kipas atau menggunakan pengering rambut. Pastikan ia betul-betul kering sebelum boleh diguna untuk tindakan selanjutnya.

4. Letakkan art work di atas meja expose. Art work tersebut hendaklah diprint atau dilukis di atas kertas tracing. Dakwat yang diguna mestilah betul-betul hitam. Prinsipnya kawasan yang bewarna hitam dapat menghalang cahaya. Kawasan yang tidak kena cahaya tidak akan mati sapuan campuran di atas.

Bersambung...

Sunday, February 8, 2009

RAHSIA CETAK BAJU TERBONGKAR???

Cetak baju bukanlah sesuatu yang susah. Teknik mencetak baju boleh dilihat di laman YOUTUBE dengan hanya menaip silk screen / make t-shirt atau seangkatan dengannya. Melalui laman tersebut anda boleh melihat bermacam-macam cara untuk mencetak baju. Tetapi satu masalah yang pasti anda hadapi iaitu apa bahan yang diguna untuk membuat blok. Bahan ini dan teknik membancuhnya tidak dinyatakan dengan jelas. Sebenarnya bahan yang diguna untuk disapu pada blok ialah campuran foto emulsi dan sensitiser. Kedua-dua bahan ini hendaklah dicampur pada nisbah 10:1 iaitu 10 bahagian foto imulsi dan 1 bahagian sensitiser. Kedua-duanya hendaklah digaul sehingga sebati dan dibiarkan selama 10 minit sebelum boleh digunakan. Bagi memudahkan campuran ini dibuat di sini saya akan pecahkan satu rahsia besar yang menjadi rahsia pencetak baju. Rahsia tersebut ialah dengan memasukkan 3/4 foto emulsi ke dalam bekas minyak rambut FOLLOW ME 120ml atau penutup spray hitam dan satu sudu sensitiser. Foto emulsi bewarna purple dan sensitiser bewarna kuning. Apabila dicampur dan digaul ia akan bertukar menjadi warna perang. Proses ini hendaklah dilakukan dalam cahaya yang samar.

Friday, October 31, 2008

ALAT DAN BAHAN CETAK BAJU




Gambar ini menunjukkan alat dan bahan yang digunakan untuk mencetak baju melalui teknik silk screen. Hanya beberapa alat dan bahan yang diperlukan, tidak semua alat dan bahan dalam gambar perlu digunakan. Alat dan bahan asas yang diperlukan ialah pemidang skrin, sequgee, emulsi + sensitizer, dan rubber dye. Minyak masak yang anda nampak tu... diguna untuk sapu pada kertas biasa supaya jadi macam kertas tracing/lutsinar. Pigmen colour diguna untuk dicampur dengan rubber dye untuk buat warna lain selain putih. Warna air hitam dan putih diguna untuk membuat lakaran terus dengan tangan tanpa menggunakan komputer.

Tuesday, October 14, 2008

Berniaga Sendiri di Rumah


Perniagaan printing baju boleh dilakukan sendiri di rumah, ia tidak memerlukan kawasan yang luas, memadai dalam sebuah bilik kecil kecualilah jika anda hendak menjalankan perniagaan ini secara besar-besaran. Saya lakukan perniagaan ini secara sambilan di rumah, iaitu di dalam bilik anak saya seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di sebelah. Apa yang penting dalam perniagaan ini ialah promosi, buat satu katalog dan photostat banyak2 serta edarkan kepada rakan2. Orang tidak tahu kat mana kita buat, bagaimana kita buat yang penting bagi mereka ialah hasilnya.

Friday, September 12, 2008

MEJA EXPOSE & TEKNIK DEDAHAN CAHAYA


CARA BUAT CETAKAN SILK SCREEN

A) ALAT DAN BAHAN
a. Pemidang skrin
b. Pembaris plastic/logam
c. Sekuji
d. Meja expose
e. Pengering rambut
f. Foto emulsi
g. Sensitiser
h. Rubber dye 120
i. Pewarna
j. Baju/beg/lain2

B) PROSES CETAKAN
a. Print atau lukis satu lakaran dengan dakwat hitam pada kertas tracing
b. Sediakan pemidang skrin
c. Campurkan foto emulsi dan sensitiser ( nisbah 10 : 1 ) di dalam bilik gelap/samar, kacau sehingga sebati
d. Tuang campuran tadi ke atas pemidang dan ratakan dengan pembaris logam – keringkan bawah kipas / guna pengering rambut
e. Letakkan lakaran di atas meja expose dan pemidang skrin di atas lakaran tersebut
f. Pasang lampu selama beberapa minit mengikut keperluan
g. Cuci pemidang skrin dengan pancutan air/gosok dengan span
h. Letakkan pemidang skrin di atas bahan yang hendak dicetak (baju)
i. Letakkan warna pada pemidang skrin dan sapu dengan sekuji
j. Keringkan dengan pengering rambut

Saturday, August 23, 2008

PENGENALAN

Tahukah anda teknik cetak baju? Pernahkah anda dengar perkataan silk screen, blok, rubber dye, squgee, dan photo emultion. Bagaimana pula kos untuk mencetak baju, tentu anda fikirkan ia memerlukan kos yang tinggi. Teringinkah anda untuk mencetak baju anda sendiri mengikut fesyen yang anda suka dan tak ada di pasaran.

Tentu anda terkajut jika saya katakan kos untuk mencetak baju hanya tak sampai RM100.00. Teknik untuk mencetak baju bukanlah sepayah yang disangkakan, cuma kita tak didedahkan dengan perkara tersebut. Dengan hanya RM100.00 anda bukan saja boleh cetak baju anda sahaja tetapi juga boleh memulakan perniagaan sendiri anda di rumah seperti yang saya lakukan sekarang.

Nantikan cerita seterusnya, saya akan membongkar rahsia cop baju.