Monday, December 27, 2010

TEKNIK MUDAH BUAT KOTAK EXPOSE


Untuk maklumat kanjut sila layari http://www.justseeds.org/blog/2010/10/silkscreen_power_how_to_build.html

Sunday, October 31, 2010

EBOOK CETAK TSHIRT (PERCUMA)


Dapatkan Ebook Cetak Tshirt ini secara percuma. Sila KLIK DI SINI.

Sunday, October 24, 2010

TEKNIK EXPOSE CAHAYA DARI ATAS


Teknik ini boleh juga dilakukan dengan cahaya matahari, tapi kena pastikan cahaya matahari betul-betul terang dan tegak di atas blok.

Monday, May 10, 2010

MENGATASI MASALAH EXPOSE TAK KELUAR

Masalah expose tak keluar merujuk kepada masalah design yang tak keluar atau susah nak keluar apabila dipancur air selepas expose dilakukan.

Terdapat beberapa punca terjadinya masalah ini.

i) Masa expose terlalu lama. Masa expose sebenarya bergantung kepada jarak cermin dengan lampu serta jumlah lampu yang diguna. Sekiranya jarak lampu dengan cermin itu dekat (6 inci) masa yang diperlukan hanya 5 hingga 8 minit sahaja. Perlu percubaan beberapa kali barulah anda tahu masa yang sesuai untuk anda.

ii) Design yang hendak diexpose tu tidak betul-betul hitam, keadaan ini menyebabkan cahaya dapat menenbusi melalui design tersebut seterusnya mematikan sapuan campuran foto emulsi yang telah disapu pada blok.

iii) Blok yang terdedah pada cahaya sebelum melakukan expose. Ingat campuran foto imulsi tidak boleh terdedah pada cahaya. Pastikan anda melakukan kerja-kerja ini dalam cahaya yang samar.

Sekiranya masalah ini berlaku, untuk tidak membazirkan blok, anda boleh menggunakan peluntur (clorok) untuk mencuci blok tersebut. Pastikan anda mencuci segera sebelum blok lebih lama terdedah pada cahaya.

Saturday, February 20, 2010

Panduan Membeli Di Internet

Ramai juga yang terkena selepas membeli sesuatu barangan di internet. Tak kiralah membeli di web lelong ke, kedai online ke atau forum ke..yang pasti peluang untuk ditipu sentiasa ada.

Pembeli tertipu kerana terpesona dengan surat jualan, barangan yang ditawarkan atau harga yang murah tanpa menyiasat terlebih dulu identiti atau reputasi seseorang penjual. Inilah silapnya. Kedai online dot com belum tentu lagi selamat!. Domain name ini murah sahaja kosnya.

Ok saya kongsikan sedikit panduan…mungkin tidak tepat sepenuhnya tetapi panduan ini mungkin membantu anda:

1. Pastikan gambar penjual ditunjukkan beserta nama. Berdasarkan tinjauan, penipu tidak akan meletakkan gambar mereka.

2. No telefon. Pastikan anda boleh berhubung dengan penjual.

3. Beli barangan di web lelong yang sememangnya memantau dan memberi reputasi kepada penjual, bukan di web lelong yang tidak menjaga hal ehwal jual beli.

3. Jika masih samar-samar atau was-was, anda boleh daftar di mana-mana forum yang sesuai untuk bertanyakan tentang hajat anda atau bertanya pada mereka yang lebih arif.

Selain itu anda terpaksa mengambil risiko membeli di internet kerana ia memakan sedikit masa untuk barang sampai kepada anda. Tambahan pula anda tidak tahu apakah status penjual pada sekian-sekian masa. Mungkin penjual mempunyai masalah dan tidak dapat berhubung atau membuat penghantaran barangan? Belilah setelah anda yakin.

Dipetik daripada SyukranBlog.com

Sehubungan dengan panduan di atas. Saya ingin memperkenalkan diri saya yang sebenar bagi mengelakkan keraguan pembeli. Memang sepatutnya bagi seseorang pembeli perlu memastikan bahawa belanja yang dikeluarkan tidak sa-sia kerana tertipu. Terima kasih juga saya ingin ucapkan kepada pembeli yang percaya pada saya dengan membeli Kit Silkscreen.

Inilah saya yang sebenar.

Saya merupakan seorang guru yang bertugas di SMK Seri Aman, 16800 Pasir Puteh, Kelantan. Kerja cetak baju merupakan hobi saya sebagai seorang guru seni. Saya juga mempunyai blog Pendidikan Seni yang boleh dilayari di sini.

Saturday, January 9, 2010

HARGA BARU KIT SILK SCREEN 2010 (RM80.00)

Assalamualaikum wbt. Berikutan dengan kesulitan yang dialami oleh para pembeli seperti kelewatan dan ada satu kes barang tak sampai maka saya mengenakan harga baru kit permulaan silk screen iaitu dari RM70.00 ke RM80.00. Harga baru ini adalah kerana saya akan menggunakan POS LAJU untuk mengepos barang tersebut. Tujuannya bagi memastikan barang yang dihantar lebih cepat sampai dan selamat.

Untuk pengetahuan semua, alamat saya ialah:

Tuan Abdullah Sanusi bin Tuan Ismail,
Lot 1856, Kg. Tasek Pauh,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan.
Tel:019-7844388