1.RUBBER DYE
-Terdapat 2 jenis rubber dye (RD) yang biasa diguna iaitu RD 120 dan RD 200.RD sesuai diguna untuk semua jenis kain.
-RD 120 diguna untuk dicampurkan dengan pewarna / pigment colour dan juga diprint sebagai latar belakang
-RD 200 diguna untuk putih sahaja.
2.TC DYE
-TC dye bersifat lebih cair dan berbau seperti minyak tanah. Ia hanya sesuai untuk kain warna putih sahaja.
-Kain Skrin yang diguna untuk TC dye hendaklah yang lebih halus berbanding dengan RD.
3.DYE FOAM
-Diguna untuk membuat cetakan timbul (emboss).Ia perlu dicampur ke dalam RD dahulu.
-Selepas cetakan telah kering, tekan dengan seterika sederhana panas barulah cetakan tadi akan timbul.
4.BINDER
-Ia diguna untuk melembutkan dye yang telah pekat.
-Bentuknya seperti susu cair.
5.GLOW IN THE DARK
-Berfungsi untuk kelihatan cerah di dalam gelap.Tapi sebelum tu, ia kena berada tempat cerah dahulu untuk menyerap cahaya.
-Ia hanya boleh dicampur dalam dye putih sahaja.
6.PHOTO EMULSI
-Diguna bersama dengan Sensitiser dengan kadar nisbah 10:1 iaitu kalau 10 sudu photo emulsi bermakna 1 sudu Sensitiser.
-Gaul hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.
7.HARDENERS
-Berfungsi untuk menguatkan blok yang telah siap supaya tidak mudah tanggal.
-Ia perlu disapu pada blok. Keringkan dahulu blok tersebut dan barulah sapu hardener. Sapu kedua-dua belah dan keringkan semula. Lebih elok jika dijemur panas matahari.
8.CLOROK
-Ia diguna untuk mencuci blok yang tidak menjadi.
-Tidak berkesan untuk mencuci blok yang telah lama.
-Tidak boleh diguna terlalu banyak/kerap kerana menyebabkan kain skrin akan koyak.
9.SEKUJI
-Diguna untuk menarik dye pada blok.
-Perlu dibasuh dengan segera supaya dye tidak keras pada sekuji.
10.PENGERING RAMBUT
-Diguna untuk mengeringkan sapuan emulsi sebelum proses expose.
-Juga untuk mengeringkan dye yang telah diprint sekiranya perlu print sekali lagi diatas design tersebut.
Tuesday, April 14, 2009
Saturday, April 4, 2009
Monday, March 30, 2009
SAMBUNGAN LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT CETAKAN
5. Letakkan blok kosong yang telah dibuat tadi di atas art work. Pastikan blok tersebut berada dalam kedudukan yang betul. Bahagian kain sutera saring mestilah berada di bawah.
6. Letakkan sekeping kertas keras (kertas kotak) di dalam blok tersebut.
7. Letakkan pemberat seperti bata jongkong atau lain-lain yang sesuai. Tujuannya ialah untuk memastikan hasilnya nanti betul-betul sharp.
8. Setelah semua perkara di atas siap semuanya barulah boleh pasang lampu Expose anda. Pasang selama lebih kurang 5 hingga 8 minit.
9. Setelah cukup masa. Matikan lampu dan bawa blok tersebut ke bilik air dan pancurkan dengan air. anda juga boleh gosok dengan span untuk membuang bahagian yang degil.
Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya.
6. Letakkan sekeping kertas keras (kertas kotak) di dalam blok tersebut.
7. Letakkan pemberat seperti bata jongkong atau lain-lain yang sesuai. Tujuannya ialah untuk memastikan hasilnya nanti betul-betul sharp.
8. Setelah semua perkara di atas siap semuanya barulah boleh pasang lampu Expose anda. Pasang selama lebih kurang 5 hingga 8 minit.
9. Setelah cukup masa. Matikan lampu dan bawa blok tersebut ke bilik air dan pancurkan dengan air. anda juga boleh gosok dengan span untuk membuang bahagian yang degil.
Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya.
Tuesday, February 10, 2009
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT CETAKAN SILK SCREEN

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT BLOK CETAKAN SILK SCREEN
Selepas anda mengetahui teknik membancuh foto emulsi dan sensitiser yang telah saya terangkan sebelum ini, kini tiba masanya anda mengetahui pula rahsia cetak baju kedua pula iaitu membuat blok.
1. Buat blok kosong. Lekatkan sutera saring pada kayu beroti (1" X 2") dengan menggunakan staple gun. Pastikan sutera saring betul-betul tegang.
2. Curahkan campuran foto imulsi dan sensitiser pada bahagian tepi dan ratakan dengan pembaris tebal. Pastikan sapuan itu nipis sahaja.
3. Hasil sapuan campuran foto imulsi dan sensitiser yang telah siap hendaklah dikeringkan di bawah kipas atau menggunakan pengering rambut. Pastikan ia betul-betul kering sebelum boleh diguna untuk tindakan selanjutnya.
4. Letakkan art work di atas meja expose. Art work tersebut hendaklah diprint atau dilukis di atas kertas tracing. Dakwat yang diguna mestilah betul-betul hitam. Prinsipnya kawasan yang bewarna hitam dapat menghalang cahaya. Kawasan yang tidak kena cahaya tidak akan mati sapuan campuran di atas.
Bersambung...
Sunday, February 8, 2009
RAHSIA CETAK BAJU TERBONGKAR???
Cetak baju bukanlah sesuatu yang susah. Teknik mencetak baju boleh dilihat di laman YOUTUBE dengan hanya menaip silk screen / make t-shirt atau seangkatan dengannya. Melalui laman tersebut anda boleh melihat bermacam-macam cara untuk mencetak baju. Tetapi satu masalah yang pasti anda hadapi iaitu apa bahan yang diguna untuk membuat blok. Bahan ini dan teknik membancuhnya tidak dinyatakan dengan jelas. Sebenarnya bahan yang diguna untuk disapu pada blok ialah campuran foto emulsi dan sensitiser. Kedua-dua bahan ini hendaklah dicampur pada nisbah 10:1 iaitu 10 bahagian foto imulsi dan 1 bahagian sensitiser. Kedua-duanya hendaklah digaul sehingga sebati dan dibiarkan selama 10 minit sebelum boleh digunakan. Bagi memudahkan campuran ini dibuat di sini saya akan pecahkan satu rahsia besar yang menjadi rahsia pencetak baju. Rahsia tersebut ialah dengan memasukkan 3/4 foto emulsi ke dalam bekas minyak rambut FOLLOW ME 120ml atau penutup spray hitam dan satu sudu sensitiser. Foto emulsi bewarna purple dan sensitiser bewarna kuning. Apabila dicampur dan digaul ia akan bertukar menjadi warna perang. Proses ini hendaklah dilakukan dalam cahaya yang samar.
Friday, October 31, 2008
ALAT DAN BAHAN CETAK BAJU


Gambar ini menunjukkan alat dan bahan yang digunakan untuk mencetak baju melalui teknik silk screen. Hanya beberapa alat dan bahan yang diperlukan, tidak semua alat dan bahan dalam gambar perlu digunakan. Alat dan bahan asas yang diperlukan ialah pemidang skrin, sequgee, emulsi + sensitizer, dan rubber dye. Minyak masak yang anda nampak tu... diguna untuk sapu pada kertas biasa supaya jadi macam kertas tracing/lutsinar. Pigmen colour diguna untuk dicampur dengan rubber dye untuk buat warna lain selain putih. Warna air hitam dan putih diguna untuk membuat lakaran terus dengan tangan tanpa menggunakan komputer.
Tuesday, October 14, 2008
Berniaga Sendiri di Rumah
Perniagaan printing baju boleh dilakukan sendiri di rumah, ia tidak memerlukan kawasan yang luas, memadai dalam sebuah bilik kecil kecualilah jika anda hendak menjalankan perniagaan ini secara besar-besaran. Saya lakukan perniagaan ini secara sambilan di rumah, iaitu di dalam bilik anak saya seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di sebelah. Apa yang penting dalam perniagaan ini ialah promosi, buat satu katalog dan photostat banyak2 serta edarkan kepada rakan2. Orang tidak tahu kat mana kita buat, bagaimana kita buat yang penting bagi mereka ialah hasilnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)